Sunday, 30 January 2022
Sunday, 21 June 2020
#uhEXPLORESABAH | KUNDASANG | JABEZ RESORT
Percutian ke KUNDASANG tidak lengkap sekiranya korg tidak memilih untuk bermalam di sini sambil menikmati kedinginan suhu malam dan pemandangan gunung kinabalu disebalik terik matahari pagi
Jika anda bercadang untuk ke KUNDASANG dalam waktu terdekat ini, jangan lupa untuk menginap di JABEZ RESORT kerana sepanjang tempoh PKPP ini mereka menawarkan potongan harga bagi bilik-bilik yang disediakan
Ktorg pusing kawasan JABEZ HOTEL ini sekejap selepas check-in, kebetulan baru lepas hujan renyai jadi ada pelangi muncul menceriakan petang kami
Lokasi JABEZ HOTEL ini agak
Kalau nak tengok gunung kinabalu, kena bangun awal pagi. Jadi, lepas subuh boleh la keluar berjalan-jalan untuk mengambil gambar. Kebiasaannya, GUNUNG KINABALU boleh dilihat dengan jelas seawal jam 6 - 8 pagi sebelum dilitupi oleh awan. Kalau korg ke sana ketika cuaca cerah, GUNUNG KINABALU boleh dilihat pada bila-bila masa
Sarapan pagi turut disediakan oleh pihak hotel
Hidup itu mudah, secangkir kopi panas sambil menikmati keindahan GUNUNG KINABALU cukup membuatkan pagi anda cukup sempurna
Saturday, 6 July 2019
#UHEXPLORESABAH | TAWAU | LION HILL
Ktorg bergerak dari SEMPORNA lebih kurang jam 4 pagi menuju ke TAWAU memandangkan jarak perjalanan ke LION HILL mengambil masa lebih kurang 2 jam.
LION HILL ini terletak di daerah MEROTAI menghala ke KALABAKAN. Kalau diikutkan kedudukan bukit ini agak jauh dari SEMPORNA memandangkan hanya 50KM sahaja lagi, korg sudah boleh ke KALABAKAN dan menghala ke KENINGAU. Actually, ktorg pernah lalu di sini beberapa kali untuk ke KENINGAU tapi tak pernah perasaan dengan simpang untuk ke LION HILL ini
Setelah meminta kebenaran daripada pihak SOFTWOOD COMPANY, ktorg dibenarkan masuk. Korg hanya perlu maklumkan dengan pengawal keselamat yang bertugas di pondok keselamatan saja. Kalau ktorg berdua saje, rasanya tak berani jugak nak masuk dalam, jadi kalau korg nak ke sini datang bersama pendaki yang pernah ke sini
ktorg melalui kawasan ladang kelapa sawit terlebih dahulu sebelum sampai ke kaki bukit
Kalau korg ada sarung tangan, korg boleh pakai sebab banyak jugak duri-duri manja yang tersangkut pada baju. Tapi kalau korg jenis tak kisah, kena duri sikit mana sakit kan
Aku baru perasan aku takda shoot sangat laluan sepanjang pendakian ke puncak, jadi terus kita layan pemandangan puncak okeh
Kita ambik nafas kejap sambil duduk di batu-batu besar di kawasan puncak LION HILL. Kalau tengok dekat atas tu laluan bukit ini berbatu dan tanah tu kekadang licin sikit. Ktorg pakai hiking shoes pun boleh tergelincir jugak bila pijak kawasan tanah berpasir
Kalau korg bercadang untuk mendaki di TAWAU ini, pastikan korg mendaki ke LION HILL kerana pemandangan di sini pasti tidak akan mengecewakan korg
Kalau korg bercadang untuk mendaki di TAWAU ini, pastikan korg mendaki ke LION HILL kerana pemandangan di sini pasti tidak akan mengecewakan korg
Friday, 5 July 2019
#uhEXPLORESABAH | TAWAU | AIR TERJUN BUKIT GALAS
Setelah turun dari LION HILL, kami singgah makan di WARUNG MASHKUR terlebih dahulu untuk mengalas perut. Kemudian, kami bergerak ke AIR TERJUN BUKIT GALAS yang terletak di TAMAN BUKIT TAWAU atau juga lebih dikenali sebagai TABLE. Tiket masuk ke table ini pula berharga RM3 bagi dewasa, manakala tiket kanak-kanak pula berharga RM2
Kemudian, bergerak masuk menuju ke AIR TERJUN BUKIT GALAS yang terletak 2.5KM dari pintu masuk utama
Sepanjang perjalan menjejak ke AIR TERJUN BUKIT GALAS ini, ktorg melihat pelbagai keindahan flora dan fauna. Pokok-pokok hutan berusia ratusan tahun masih berdiri teguh di dalam hutan simpan ini. Selain itu, antara pokok tertinggi di dunia juga turut ditemui di hutan ini, tetapi korg laluan untuk ke pokok tersebut bertentangan dengan laluan ke air terjun
Sepanjang perjalan menjejak ke AIR TERJUN BUKIT GALAS ini, ktorg melihat pelbagai keindahan flora dan fauna. Pokok-pokok hutan berusia ratusan tahun masih berdiri teguh di dalam hutan simpan ini. Selain itu, antara pokok tertinggi di dunia juga turut ditemui di hutan ini, tetapi korg laluan untuk ke pokok tersebut bertentangan dengan laluan ke air terjun
Sunday, 16 September 2018
#uhEXPLORESABAH | KOTA BELUD | TEGUDON TOURISME VILLAGE
TEGUDON TOURISM VILLAGE atau TTV adalah antara destinasi baharu yang menjadi tarikan di KOTA BELUD. Apa yang menarik di TTV ini, korg boleh bercamping di tepi sungai sambil menikmati keindahan pemandangan GUNUNG KINABALU
Pada pagi sabtu, ktorg bertolak dari SEMPORNA menuju ke KUNDASANG. Selesai solat asar di KUNDASANG, ktorg berempat terus bertolak ke TTV. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam sejam setengah. Sebenarnya, kalau diikutkan tempat ni agak jauh ke dalam tapi sebab malas nak bersesak sangat ktorg pilih untuk ke TTV saja. Kalau diikutkan plan asal, ktorg bercadang nak camping di POLUMPONG
Pada pagi sabtu, ktorg bertolak dari SEMPORNA menuju ke KUNDASANG. Selesai solat asar di KUNDASANG, ktorg berempat terus bertolak ke TTV. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam sejam setengah. Sebenarnya, kalau diikutkan tempat ni agak jauh ke dalam tapi sebab malas nak bersesak sangat ktorg pilih untuk ke TTV saja. Kalau diikutkan plan asal, ktorg bercadang nak camping di POLUMPONG
Ktorg sampai di TTV dalam pukul 5 lebih, terus ke kaunter untuk pendaftaran. Kemudian, ktorg terus pacak khemah betul-betul depan sungai. Ktorg dah tempah khemah (RM20) siap-siap sebab kalau musim cuti khemah pun boleh habis. Kalau nak selamat dan ada khemah sendiri korg boleh bawa khemah sendiri jadi korg hanya perlu bayar sewa tapak (RM7) dan yuran masuk (RM3) seorang
Sepanjang malam, kawasan ini dijaga oleh beberapa orang pekerja. Jadi tak perlu risau tentang keselamatan
Sepanjang malam, kawasan ini dijaga oleh beberapa orang pekerja. Jadi tak perlu risau tentang keselamatan
Cuaca pepagi dekat sini sangat cantik ye
sarapan pagi
Ktorg berdua ambil pakej hiking dan trekking ke BUKIT BENDERA dan AIR TERJUN WASAI. Selesai sarapan, ktorg berkumpul pada jam 7 pagi di hadapan pejabat TTV untuk mendengar taklimat berkaitan perjalanan. Selesai sesi bergambar, ktorg mula bergerak menuju ke BUKIT BENDERA manakala Khaidir dan Husni ke KOTA KINABALU
Ini merupakan laluan pertama, menyeberang titi kayu untuk ke bukit
Kemudian, menyeberang jambatan gantung dengan berlatar belakangkan sawah padi yang menguning. kalau korg ke sini pada musim menanam, korg dapat melihat pemandangan sawah padi yang luas menghijau
Kami sampai dipuncak BUKIT BENDARA pada pukul 1 tengahari, panas terik betul. Selepas ambil gambar terus turun menuju ke AIR TERJUN WASAI
AIR TERJUN WASAI
Kalau korg nak mandi air terjun jangan lupa untuk bawa baju dan seluar, air terjun ini sangat sejuk. Setelah mandi, kami bergerak keluar
Sunday, 13 March 2016
#uhEXPLORESABAH | SEMPORNA | BOHEY DULANG
Subhanallahhh
Setelah tiga bulan menjadi sebahagian daripada warga semporna, ini merupakan trip pertama kami pasangan suami isteri menjelajah ke pulau-pulau di daerah Semporna. Sedikit teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama ke Pulau Bohey Dulang
Sedikit pengenalan tenting Pulau Bohey Dulling yang merupakan salah satu daripada pulau-pulau di dalam gugusan Taman Laut Tun Sakaran. Puncak Bohey Dulang terletak setinggi 250 - 300 meter dari aras laut. Manakala, laluan pendakian pula ialah sejauh 600 meter ke puncak bukit.
Ini bermaksud, jika memilih unit ke Bohey Dulang kita perlu mempersiapkan mental kerana ada sedikit activity pendakian
Sebenarnya terdapat banyak lagi pilihan pulau-pulau yang terdapat disinilain yang korg boleh pergi jika korg bercadang untuk ke semua pulau ini, korg memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke sini
Firstly, I nak introduce korg dengan PULAU BOHEY DULANG ni dulu. Jangan terpengaruh tengok cantik je terus
' Ehhh, I nakk pergi sanaa '
Perjalanan ke Bohey Dulang ini mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Jeti Umum Semporna dengan menggunakan enjin 85 HP. Sekirannya dari Pulau Mabul, perjalanan ke Bohey Dulang ini mengambil masa lebih kurang 2 jam
Keindahan pemandangan dari puncak bukit BOHEY DULANG inmenjadi tarikan pelancong untuk memilih aktiviti hiking di pulau ini.

Sebaik sahaja tiba di jeti PULAU BOHEY DULANG, korg perlu ke POS PENGAWAL terlebih dahulu untuk mendaftar. Pondok pengawal terletak di sebelah kiri, manakala di sebelah kanan pula ialah pusat pemuliharaan KIMA.

Selesai mendaftar, kami terus bergerak ke kaki bukit

Di sini, pegawai bertugas akan memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan ketinggian bukit, jarak perjalanan ke puncak and langkah keselamatan. kalau korg ada sebarang penyakit, saya tak galakkan korg untuk mengambil risiko. Jadi, korg boleh duduk di pondok bawah sementara menunggu kekawan yang mendaki berhampiran dengan kaunter pendaftaran. Selain itu, di kaki bukit ini juga disediakan kemudahan tandas dan bilik mandi

trek pendakian
Yeay, dah separuh jalan termengah-mengah jugak sebab dah lama tak bersenam, siap berhenti kemudian sambung balik jalan, berhenti jalan. Miza dan Tini tetap win dan tak boleh chalenge, laju je budak berdua tu naik sampai puncak
#TIPS PEMAKAIAN
- Pakai kasut yang sesuai ( sport shoes / hiking shoes / adidas kampung )
- Pakai seluar yang longgar dan selesa ( track bottom )
- Bawa air mineral dan choclate bar / energy bar
But, I dont follow the tips sebab thiss my first time, pastu mula la kekadang slide sana sini sebab kasut I pakai tu memang kurang sesuai
Well, 600 meter ladies!
Kalau dah jumpa signage ni, jarak korg dengan peak tu dah tak jauh, teruskan berjalan je then you will reach the peak soon.
Yay, very sooonnn
Yay, very sooonnn
Keindahan pemandangan dari puncak BOHEY DULANG ini menjadi
the Bodgaya Island is on the right
the Bodgaya Island is on the right
Biasanya, pulau-pulau dekat SEMPORNA ni sudah di group kan mengikut pakej
dan ada beberapa pulau lagi yang saya sendiri belum menjejakkan kaki dan dalam ekspedisi menawan
- PULAU BOHEY DULANG, MANTABUAN dan SIBUAN
- PULAU MATAKING, POM-POM dan PANDANAN
- PULAU MABUL dan KAPALAI
dan ada beberapa pulau lagi yang saya sendiri belum menjejakkan kaki dan dalam ekspedisi menawan
Subscribe to:
Comments (Atom)
































