TEGUDON TOURISM VILLAGE atau TTV adalah antara destinasi baharu yang menjadi tarikan di KOTA BELUD. Apa yang menarik di TTV ini, korg boleh bercamping di tepi sungai sambil menikmati keindahan pemandangan GUNUNG KINABALU
Pada pagi sabtu, ktorg bertolak dari SEMPORNA menuju ke KUNDASANG. Selesai solat asar di KUNDASANG, ktorg berempat terus bertolak ke TTV. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam sejam setengah. Sebenarnya, kalau diikutkan tempat ni agak jauh ke dalam tapi sebab malas nak bersesak sangat ktorg pilih untuk ke TTV saja. Kalau diikutkan plan asal, ktorg bercadang nak camping di POLUMPONG

Ktorg sampai di TTV dalam pukul 5 lebih, terus ke kaunter untuk pendaftaran. Kemudian, ktorg terus pacak khemah betul-betul depan sungai. Ktorg dah tempah khemah (RM20) siap-siap sebab kalau musim cuti khemah pun boleh habis. Kalau nak selamat dan ada khemah sendiri korg boleh bawa khemah sendiri jadi korg hanya perlu bayar sewa tapak (RM7) dan yuran masuk (RM3) seorang
Sepanjang malam, kawasan ini dijaga oleh beberapa orang pekerja. Jadi tak perlu risau tentang keselamatan
Sepanjang malam, kawasan ini dijaga oleh beberapa orang pekerja. Jadi tak perlu risau tentang keselamatan
Cuaca pepagi dekat sini sangat cantik ye
sarapan pagi
Ktorg berdua ambil pakej hiking dan trekking ke BUKIT BENDERA dan AIR TERJUN WASAI. Selesai sarapan, ktorg berkumpul pada jam 7 pagi di hadapan pejabat TTV untuk mendengar taklimat berkaitan perjalanan. Selesai sesi bergambar, ktorg mula bergerak menuju ke BUKIT BENDERA manakala Khaidir dan Husni ke KOTA KINABALU
Ini merupakan laluan pertama, menyeberang titi kayu untuk ke bukit
Kemudian, menyeberang jambatan gantung dengan berlatar belakangkan sawah padi yang menguning. kalau korg ke sini pada musim menanam, korg dapat melihat pemandangan sawah padi yang luas menghijau
Kami sampai dipuncak BUKIT BENDARA pada pukul 1 tengahari, panas terik betul. Selepas ambil gambar terus turun menuju ke AIR TERJUN WASAI
AIR TERJUN WASAI
Kalau korg nak mandi air terjun jangan lupa untuk bawa baju dan seluar, air terjun ini sangat sejuk. Setelah mandi, kami bergerak keluar